MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
KESAN (NEGATIF&POSITIF) AKIBAT MOGOK 5 LAMAN WEB
Sekadar memberi sedikit pandangan (dari pengalaman yang cetek ini), saya merasa
terpanggil untuk memberi komen mengenai kesan (negatif
& positif) akibat mogok yang
dilancarkan oleh 5 Laman Web yang sampai hari ini masih meneruskan mogok mereka. Apa
yang ingin saya tulis dan juga yang telah ditulis oleh penulis-penulis lain, hanyalah berdasarkan
apa yang kami nampak (mengikut kajian kami masing-masing). Dalam pada itu saya mengaku
tidak nampak apa yang Pengendali 5 Laman Web nampak mengenai rancangan mogok yang
sedang dilancarkan. Pada andaian saya, tentu ada sesuatu yang kita tak nampak, tapi mereka
ini nampak dengan jelas tentang kebaikan melancarkan mogok, dan tidak mustahil mereka
sedang bergembira melihat kesan mogok yang sedang mereka lancarkan, lalu perkara ini
mendorong mereka untuk terus mogok demi keinginan melihat kesan yang mereka tunggu-
tunggu. Maknanya mereka sedang melihat perkembangan positif dalam hal ini. Jadi kita tak
boleh nak kata apa-apa, kerana barangkali itu adalah menjadi rahsia mereka.
Bila kebaikan sesuatu perkara menjadi rahsia individu tertentu, maka sudah tentu
merahsiakannya dianggap terbaik bila mana jika ia dihebahkan akan menyebabkan kesan
positif (pada pandangan mereka) yang mereka nampak akan bertukar menjadi hambar dan
tidak merangsangkan. Ini tidak dapat kita nafikan kerana lain orang lain "teropong"nya.
Pendek kata hanya mereka sahaja yang tahu bahawa apa yang mereka lakukan sekarang
adalah yang terbaik pada pandangan mereka, sekalipun pada pandangan orang lain ia
memang tak baik langsung.
Jadi apa yang ingin kita katakan adalah berdasarkan teropong peribadi kita sendiri dengan
mengambil kira apa yang zahir (nampak) untuk dijadikan sebagai ukuran. Kalau kita tak
berminat atau tak gemar dalam sesuatu perkara, kita memang mudah nampak sesuatu yang
negatif sahaja yang banyak berbanding yang positif. Ini semua kita tak boleh nafikan, kecuali
kita berjaya menafikan segala apa yang kita nampak sebagai negatif. Itulah sebabnya kita
disarankan untuk menilai sesuatu dengan fikiran yang terbuka "positif thinking" sekalipun pada
zahirnya tidak terdapat perkara yang positif sama sekali.
Walau bagaimana pun apabila sesuatu perkara itu hanya dilihat sebagai positif oleh golongan
tertentu, sedangkan majoriti manusia lain melihatnya sebagai negatif, maka ia akan bertukar
menjadi negatif berdasarkan pandangan ramai. Ini samalah halnya dengan satu batalion askar
(misalnya) sedang berkawat, kesemua askar adalah terdiri dari mereka yang pincang sebelah
kanan kaki, kecuali hanya seorang atau sebilangan kecil sahaja yang tidak pincang, maka
pada pandangan umum orang yang tidak pincang itu telah dianggap sumbang gaya
berkawatnya. Maka timbullah cadangan supaya jangan dicampurkan orang yang tidak
pincang tadi di dalam barisan orang-orang yang pincang, lalu orang yang sihat anggota tadi
akan disingkirkan dari perbarisan, kerana untuk menyingkirkan mereka yang pincang, akan
menyebabkan perbarisan terpaksa dibatalkan. Maafkanlah saya kalau saya membawa satu
contoh yang "bodoh", tapi apa yang saya ingin katakan ialah, kita terpaksa akur kepada
pendapat ramai. Kita tidak sepatutnya mementingkan diri, kelak kita akan tersingkir,
disingkirkan dan yang tak ingin kita lihat ialah, kita akan dianggap sebagai anggota yang
dihukumkan wajib dipotong (oleh doktor) dari tubuh/jasad yang mengidap kencing manis.
Dalam hal ini saya teringat satu peristiwa berlaku ketika Nabi S.A.W. meminta pendapat dan
pandangan dari para Sahabat (dalam satu mesyuarat) mengenai apa yang patut dibuat
terhadap tawanan perang kalau tak silap Perang Badr. Saiyidina Umar Bin Al-Khatab R.A
(yang terkenal keras/tegas) telah menyuarakan pendapatnya supaya semua tawanan
hendaklah dipancung (bunuh). Kemudian Saiyidina Abu Bakar As-Siddik R.A (yang terkenal
lemah lembut) berpendapat, supaya tawanan tidak dibunuh, bahkan mereka yang ada
kemahiran membaca dan menulis di kalangan mereka dihukum supaya mengajar anak-anak
orang Islam, kemudian mereka juga diwajibkan mempelajari ajaran Islam (bukan memaksa
mereka memeluk agama Islam). Mereka hanya akan dibebaskan apabila berjaya mengajar
anak-anak Islam dan mempelajari Islam. Kebanyakan Sahabat bersetuju dengan cadangan
Saiyidina Abu Bakar R.A. yang banyak membawa keuntungan (zahir). Memandangkan ramai
Sahabat yang bersetuju dengan pendapat S.Abu Bakar R.A., maka Rasulullah S.A.W pun
membuat keputusan dengan sabdanya : (lebih kurang begini)
"Wahai Umar, kamu seperti Nabi Musa A.S. yang bersikap tegas, dan kamu wahai Abu
Bakar, seperti Nabi Ibrahim A.S. yang bersifat lemah lembut; oleh kerana ramai di
kalangan
kita bersetuju dengan pendapat Abu Bakar maka saya turut bersetuju dengan pendapat
mereka"..
Dikatakan bahawa selepas itu Jibril A.S. datang menemui Nabi S.A.W. mengkhabarkan
bahawa Allah S.W.T. menyetujui pendapat S. Umar R.A. dan Allah S.W.T. begitu murka
dengan keputusan menerima pendapat S.Abu Bakar R.A, kemurkaan Allah S.W.T. itu ingin
disusuli dengan 'BALA'. Tetapi oleh kerana pendapat S.Abu Bakar R.A. diputuskan melalui
mesyuarat dan dipersetujui ramai, Allah S.W.T. telah membatalkan hasrat untuk menurunkan
bala tersebut. Lalu Rasulullah S.A.W. mengajak Abu Bakar R.A. beristigfar kepada Allah
S.W.T., kemudian melaksanakan terus apa yang telah dipersetujui ramai (cadangan Abu
Bakar R.A.).
CADANGAN :
Oleh yang demikian sukalah saya mengemukakan cadangan, yang sekiranya dapat dicuba
diharapkan boleh membuahkan hasil yang baik. Antara lain cadangan saya telah dinyatakan
(secara tidak langsung) dalam artikel 1. Seloka /pantun Tajuk : Gelita Laman Reformasi dan
Aku, 2. Surat terbuka kepada 5 Pengendali Laman Reformasi, Rayuan : Sila Tamatkan
MOGOK. (Kedua-dua artikel boleh dibaca di Laman Web Minda Rakyat :
|